KES Rosmah Projek Solar “Beg Galas Berisi RM1.5 Juta” | EDISI MG 4 Ogos 2020

Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin, tidak menyerahkan secara terus bungkusan atau beg mengandungi wang tunai RM1.5 juta kepada Datin Seri Rosmah Mansor sebagai balasan membantu syarikat itu mendapatkan projek solar hibrid bagi sekolah luar bandar di Sarawak.

Rakan perniagaan Saidi, Rayyan Radzwill Abdullah, 41, juga bersetuju dengan cadangan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader bahawa Saidi tidak mengungkapkan ayat “Datin, dalam ini duit RM1.5 juta sebagai bayaran bagi projek solar” ketika pertemuan di rumah isteri bekas perdana menteri itu di Langgak Duta pada 7 Sept 2017.

“Saidi juga tidak meletak bungkusan atau apa-apa beg di atas meja di depan Datin Seri Rosmah dan beritahu dalam bungkusan atau beg ini ada RM1.5 juta sebagai bayaran bagi projek solar,” kata Akberdin yang dijawab “tidak” oleh saksi pendakwaan ke-16 itu

1 Komen

Comments are closed.