Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi bulan Julai 2020 mulai 1 hingga 31 Ogos sudah diaktifkan.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) berkata, bayaran IPG teraktif bagi Semenanjung ialah 70 sen bagi setiap kilogram.

Manakala di Sabah dan Sarawak pula masing-masing sebanyak RM1.00 dan 90 sen.

Pada bulan Julai, harga purata di peringkat ladang bagi getah sekerap cawan untuk Semenanjung berada pada paras RM1.80 sekilogram, sementara di Sabah dan Sarawak pula masing-masing di paras RM1.50 dan RM1.60 sekilogram.

Sejak Januari 2019, IPG diaktifkan jika harga purata bulanan getah SMR 20 berada pada paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang mencecah RM2.50 sekilogram ke bawah. – MalaysiaGazette