Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hadir menaiki kenderaan Vellfire selepas diminta menghadirkan diri ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah memberi keterangan berhubung siasatan mengenai kes projek terowong dasar laut Pulau Pinang di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Putrajaya. foto MOHD ADZLAN, 06 OGOS 2020.

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng diarahkan hadir ke Ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di sini malam ini.

Kenderaannya dilihat memasuki SPRM pukul 9.10 malam dan Setiausaha Agung DAP itu menaiki kenderaan Vellfire putih dengan diiringi sebuah kereta Mercedes Benz berwarna perak.

Wakil media yang berkumpul di hadapan premis itu sejak 7.30 malam sempat merakamkan kemunculannya Guan Eng namun pemimpin Pakatan Harapan itu tidak menurunkan cermin tingkap kenderaan

Bagaimanapun belum dapat dipastikan sama ada peguamnya RSN Rayer menemaninya kali ini kerana Ahli Parlimen Jelutong itu sebelum ini dilihat menemani Guan Eng beberapa kali ketika hadir di SPRM.

Wakil media berkumpul perkarangan Ibupejabat SPRMselepas tular maklumat mengatakan Guan Eng akan ditahan SPRM malam ini ekoran skandal Terowong Dasar Laut dan tiga lebuhraya di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Sebelum Guan Eng telah hadir ke ibu pejabat SPRM untuk dirakam keterangan sebanyak tiga kali iaitu 22, 25 dan 26 Julai lalu untuk membantu siasatan berhubung projek terowong dasar laut dan lebuh raya di negeri Pulau Mutiara itu.-MalaysiaGazette