Menteri “KANTOI VAPE” Dalam Dewan Rakyat | EDISI MG 6 Ogos 2020

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien meminta maaf kerana menghisap vape di dalam Dewan Rakyat hari ini.

Berdasarkan ciapan di laman Twitter, Hishammuddin menjelaskan perbuatan menghisap vape itu sebagai habit baharu.

Beliau turut menyatakan permohonan maaf kepada Dewan Rakyat selain berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Ahli Parlimen Semberong itu “terkantoi” sedang menghisap vape sambil memakai pelitup muka ketika Dewan sedang bersidang dan perbuatan itu tular di laman sosial menerusi sebuah video hari ini.