TERKINI : Suami Bunuh Isteri – Suspek Disambung Reman 6 Hari Lagi

Reman suspek utama kes pembunuhan seorang pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang merupakan isterinya disambung selama enam hari lagi bermula esok.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membenarkan suspek disambung reman selama enam sehingga 12 Ogos ini untuk melengkapkan siasatan kes.