KUALA LUMPUR – Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan empat stadium akan menjadi tuan rumah perlawanan Liga Juara-Juara AFC dari Peringkat Kumpulan hingga ke separuh akhir, berlangsung dari 14 September hingga 3 Oktober 2020.

Perlawanan akan diadakan di empat stadium: Stadium Al Janoub, Stadium Khalifa, Stadium Education City dan Stadium Jassim bin Hamad. Keempat-empat stadium mempunyai teknologi penyejukan yang unik, lapor agensi berita Qatar.

Pasukan Kumpulan A terdiri Al Wehda dari Emeriah Arab Bersatu (UAE), Polis Iraq, Esteghlal Iran dan Al Ahly dari Arab Saudi, bakal berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa.

Kumpulan B pula ialah Al Hilal dari Arab Saudi, Shabab Al Ahli dari UAE, Mujahidin Uzbekistan dan Shahr Khodro dari Iran, akan diadakan di Stadium Al Janoub.

Pasukan Kumpulan C, Al Duhail dari Qatar, Al Taawoun (Arab Saudi), Persepolis Iran dan Sharjah (UAE), di Stadium Education City.

Sementara, Stadium Jassim bin Hamad bakal menjadi tuan rumah perlawanan Kumpulan D iaitu Al Sadd dari Qatar, Al Ain (UAE), Sepahan (Iran) dan Al Nasr (Arab Saudi).- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast