Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad diiringi bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (kiri) dan bekas Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahya (kanan) bercakap pada sidang media berkenaan penubuhan parti baharu di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 07 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad ingin menubuhkan parti baharu tetapi tidak menyokong kerajaan mahupun pembangkang.

Jelas beliau, parti itu akan jadi kuasa ketiga dalam politik negara.

“Kita bebas dan boleh buat keputusan untuk sertai mana-mana parti,” katanya dalam sidang media di Yayasan Al Bukhari hari ini.

Awal hari ini, bekas Perdana Menteri itu dikhabarkan ingin menubuhkan sebuah parti baharu dinamakan Parti Bersatu Rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, Mahathir berkata, pihaknya belum memutuskan nama parti dan lambang parti berkenaan bagaimanapun akan berkisar tentang ahli daripada Melayu dan Bumiputera.

“Kita belum tentukan lagi nama parti, dan harap RoS (Pendaftar Pertubuhan) dapat terima cadangan parti ini.

“Kita jangka akan berdepan masalah dengan RoS. Kita harap kerajaan (menerusi RoS) berani untuk meluluskan permohonan parti baru ini kerana mereka (kerajaan) terlalu takut dengan kita dan cuba untuk membeli kami sahaja,” katanya.

Mengulas lanjut, parti baharu itu akan diketuai anaknya yang juga bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz dan beliau akan menjawat jawatan pengerusi parti.

Ditanya sama ada parti baharu itu akan bekerjasama dengan Parti Warisan Sabah yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Mahathir berkata;

“Kami tidak mahu kerjasama dengan sesiapa kerana (Warisan) ada bantahan daripada pihak mereka,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tun M bakal tubuh parti baru, petang ini

3 Komen

  1. Rakyat hampir 20juta mencadangkan mama party U-TURN je sbb hampir dgn sempena gelaran TUN.

Comments are closed.