Alexis Sanchez
MILAN – Inter Milan mengumumkan Alexis Sanchez secara rasmi menyertai Nerazzurri dengan perpindahan percuma.
Penyerang antarabangsa Chile itu menandatangani kontrak tetap dengan Inter sehingga 30 Jun 2023.
Walaupun percuma, United dapat menjimatkan kos pembayaran gaji mingguan Sanchez yang bernilai £350,000 kerana Inter akan mengambilalih pembayaran gaji yang sama ke atas pemain itu.
Sanchez  menyertai kelab gergasi Serie A itu secara pinjaman semusim dari United setahun yang lalu.

Dia mengharungi masa sukar di United sejak menyertai Red Devil pada Januari 2018 dan dilaporkan menjadi pemain menerima gaji paling mahal dalam Liga Perdana Inggeris.

Penyerang berusia 31 tahun itu hanya menjaringkan lima gol dalam 45 penampilan buat United dan tidak bermain langsung dalam tiga perlawanan musim ini. – MalaysiaGazette