MILAN – Lyon tampil menjadi pemusnah impian juara bertahan Serie A Itali, Juventus untuk melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah kali ini.
Dalam aksi kalah mati di Milan awal pagi tadi, the Old Lady yang dibarisi penyerang superstar dunia Cristiano Ronaldo gagal menyekat kemaraan Lyon, walaupun menang dengan dua gol hasil jaringan Ronaldo.
Lyon selaku tetamu mengejutkan tuan rumah dengan gol awal menerusi sepakan penalti Memphis Depay pada minit ke-12.
Tuan rumah Juventus yang beraksi dengan agregat defisit 2-0 mula mengatur strategi sebelum menyamakan kedudukan menerusi Ronaldo yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-43 sebelum separuh masa pertama ditangguh.
Di separuh masa kedua Ronaldo sekali lagi berjaya menggandakan jaringan pada minit ke-60 menamatkan saingan dengan 2-1.
Bagaimanapun dua gol Ronaldo gagal mengubah nasib Juventus walaupun agregat terikat 2-2 kerana gol tunggal jaringan Depay di tempat lawan membantu melayakkan Lyon ke Suku Akhir kempen kali ini.
Lyon akan berdepan Manchester City pada aksi Suku Akhir minggu depan.-MalaysiaGazette















