Datuk Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Orang Melayu akan terus berpecah jika Tun Dr Mahathir Mohamad kekal dengan keputusannya untuk menubuhkan parti politik baharu berasaskan Melayu dan pribumi.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, beliau tak pasti apa tujuan Dr Mahathir menubuhkan satu lagi parti orang Melayu.

”Pengalaman saya bersama Tun beliau seringkali menimbulkan isu perpecahan orang Melayu. Beliau ada pengikut dan Melayu akan semakin berpecah,” katanya seperti yang dilaporkan Bernama.

Semalam, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti baru yang akan berasas kepada perjuangan untuk orang Melayu dan pribumi seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia tetapi tidak terikat menyokong Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan.

Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkata, tiada sesiapa pun boleh menghalang penubuhan parti politik baharu oleh mana-mana individu kerana ia adalah hak individu untuk berpersatuan di bawah perlembagaan.

Tambahnya, mana-mana pihak, termasuk bekas perdana menteri Dr Mahathir tidak mempunyai masalah untuk menubuhkan parti politik asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

“Di Malaysia, parti politik yang ditubuhkan mencecah puluhan. Ada yang aktif dan ada yang tak aktif. Ada yang ‘beli’ parti yang ditubuhkan (namun tidak aktif) sekali dengan perlembagaan dan kemudian tukar nama.

“Itu hak individu di bawah Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan untuk berpersatuan,” katanya. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Ape dia kisah, mmg pon dia tak suke org2 melayu yg selalu dihina pemalas dan ashik melukut ditepi gantang. MNe ade dia peduli, bantuan kpd org kg dN org susah dihina sebagai memberi dedak. Jelas dia langsong x kisah perpaduan org2 melayu, yg keutamaannye hanye kaum keluarge serta kroninya.

  2. Sampai bila pengikut dia nak jadi pak turut pun tal taulah. Tuhan bagi akal pun mereka tak boleh fikir. Macam kena sampuk semuanya. Dia fikirkan keluarga dia aje. Yang kau orang sokong sipenipu tu nuat apa. Otan tu letak di kepala bukan tempat lain.

  3. Tun Mahathir merupakan bapa perpecahan Melayu.. dari dulu lg.. Tolonglah… org melayu..jgn ikut lg telunjuk Tun Mahathir..

Comments are closed.