KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjelaskan bahawa tindakan menyita peralatan perniagaan yang dilakukan ke atas sebuah premis perniagaan di kawasan di bawah cawangan Sungai Buloh adalah kerana peralatan yang ditinggalkan peniaga itu telah menyebabkan masalah lalu lintas dan keselamatan pengguna jalan raya.

Menurut MBSA, sebelum ini pihaknya telah menegur dan memberi nasihat kepada peniaga terbabit supaya tidak meninggalkan peralatan selepas berniaga namun teguran itu tidak diendahkan.

“Dalam tempoh dua bulan, pihak MBSA juga telah dua kali melakukan tindakan sitaan terhadap peniaga yang sama namun peniaga tersebut masih lagi melakukan kesalahan dengan meninggalkan barangan perniagaan di tepi jalan.

“Di samping itu dalam tempoh Perintahan Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini juga didapati peniaga tersebut juga berniaga di luar waktu operasi perniagaan yang ditetapkan melebihi pukul 12 tengah malam yang telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya dalam kenyataan hari ini.

MBSA mengeluarkan kenyataan itu bagi mengulas video yang ditularkan berkaitan tindakan penyitaan ke atas barangan perniagaan yang dilakukan anggota penguatkuasa Pejabat Cawangan Sungai Buloh.

Dalam video yang tular itu, perakamnya mempertikaikan mengapa gerai-gerai yang dibuka di atas petak pakir pada sebelah pagi tidak dikenakkan tindakan sedangkan mereka yang berniaga pada petang hari di atas bahu jalan diambil tindakan.

Malah beliau turut mempersoalkan mengapa paniaga Acheh yang berniaga pada sebelah pagi juga tidak dikenakan tindakan.

Perakam video turut menunjukkan beberapa lokasi kedai ‘mesin kuda’ dan mempersoalkan mengapa aduan yang dilakmukannya diketahui pemilik kedai ‘mesin kuda’.

Menurut kenyataan itu, salam operasi yang sama, MBSA turut melakukan sitaan ke atas sebuah premis yang meninggalkan barangan perniagaan dan sebuah premis perniagaan yang menjual barangan minuman dan rokok.

Tindakan sitaan itu diambil di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja MBSA 2007 Peruntukan 19 (Meninggalkan Barang Perniagaan di Tempat Awam) & Peruntukan 3 (Menjaja Tanpa Lesen) serta Peruntukan 42 (Kuasa Sitaan).

Berikaitan dengan dakwaan kewujudan premis perjudian, katanya, MBSA akan bekerjasama dan membantu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan.

“Tindakan selanjutnya akan diambil jika siasatan mendapati dakwaan tersebut benar,” ujarnya.

Menurut kenyataan itu, MBSA tidak akan berkompromi dengan mana mana pihak, termasuk kakitangan MBSA, sekiranya berlaku salah guna kuasa atau isu berkaitan integriti.

Tindakan tegas akan diambil terhadap kakitangan MBSA sekiranya didapati melakukan aktiviti yang menyalahi peraturan dan undang-undang, ujarnya.

MBSA menasihatkan orang ramai supaya menyalurkan aduan jika mempunyai maklumat berkaitan dengan salah laku kakitangannya dengan menghantar e-mel ke [email protected] atau membuat panggilan ke talian 03-55105133 sambungan 1671. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast