Dua Kampung dan Sekolah di Sanglang Dikenakan “TEMCO” | EDISI MG 2ptg – 9 Ogos 2020

Dua kawasan di Sanglang iaitu Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul, Perlis akan terlibat dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar (TEMCO) mulai jam 10 malam tadi hingga 4 September depan.

Pelaksanaan TEMCO ini dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dengan mengambil kira bilangan kes aktif Covid-19 di kawasan berkenaan.

Jawatankuasa Keselamatan Negeri Perlis berkenaan Covid-19 dalam satu kenyataan berkata, pengisytiharan ini dibuat bagi membolehkan aktiviti pengesanan yang telah dimulakan oleh JKN Perlis sejak semalam dilaksanakan dengan lebih berkesan di kedua-dua kampung terbabit.