Maurizio Sarri.

TURIN, Itali – Juventus memecat Maurizio Sarri selepas pasukan itu tersingkir dari Liga Juara-Juara.

Pengendali berusia 61 tahun itu diganti oleh Andrea Pirlo.

“Maurizio Sarri dilepaskan daripada jawatannya sebagai jurulatih pasukan utama,” kata Juventus yang juga juara sembilan kali Serie A dalam satu kenyataan.

Sarri memenangi gelaran Serie A hanya satu musim bersama gergasi Itali itu namun kegagalan pada saingan Eropah menunjukkan dia jalan keluar.

Sebelum ini menurut Sportitalia, skuad Old Lady itu berminat mendapatkan Pochettino untuk mengambil alih tugas di Stadium Allianz.

Pengendali kelahiran Argentina itu ketika ini tidak mempunyai kelab selepas meninggalkan White Hart Lane pada November lalu.

Presiden Juventus, Andrea Agnelli didakwa melihat Zinedine Zidane yang turut tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara sebagai calon utama menggantikan tempat Sarri. – MalaysiaGazette