Ulya Aqamah Husamudin. foto SYAFIQ AMBAK, 31 MEI 2020

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Ulya Aqamah Husamudin mengumumkan keluar parti, hari ini.

Dalam satu kenyataan, Ulya berkata, dia turut meletakkan semua jawatan di pusat dan Bahagian Pokok Sena.

“Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberi tunjuk ajar dan peluang untuk saya berkhidmat.

“Saya berharap Bersatu menilai kembali asas perjuangan asal dan kembali kepada objektif penubuhan parti,” katanya hari ini.

Dua lagi yang mengambil tindakan sama adalah Ketua Pemuda Bersatu Gerik, Ahmad Safwan Mohamad dan Penolong Setiausaha Pemuda Bersatu, Abu Hafiz Salleh Hudin.

Pada Jumaat lalu,bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin mengumumkan keluar Bersatu.

Semalam, empat bahagian Bersatu di Selangor mengumumkan pembubaran, sambil menyuarakan sokongan mereka terhadap parti baru yang ditubuhkan bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bahagian Petaling Jaya, Klang, Jeram dan Ulu Langat, menyatakan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi Bersatu.

Hari ini, dua lagi bahagian iaitu Bersatu Bahagian Bangi dan Kota Raja dijangka dibubarkan untuk menyokong parti baharu Dr Mahathir. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Keluar keluar sape nak keluar elok cepat keluar. Nanti boleh dapat banyak hadiah menant. Mana tau boleh menang nombor bertiah jadi jutawan.

  2. Tahniah kawan…kalau jawatan dan pangkat dikejar boleh duduk menyokong Yiddin… Tp kalu mahukan integriti dan bermaruah teruslah sokong TUN

Comments are closed.