Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Asyraf Wajdi Dusuki.

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan agar lambang Barisan Nasional (BN) digunakan sebagai lambang rasmi sewaktu Pilihan Raya Umum akan datang.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cadangan itu turut boleh diguna pakai untuk parti yang bukan komponen BN secara rasmi iaitu Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Cadangan ini boleh dipertimbangkan kepada parti komponen yang terlibat bagi menunjukkan kesepakatan dan memastikan pertandingan satu lawan satu dalam PRU nanti,

“Kalau ada pandangan yang mengatakan lambang BN ini sudah tak relevan dan tak laku, kami di peringkat Pemuda UMNO dan Pemuda BN sudah pun sepakat menyatakan kita mahu calon calon Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, dan parti komponen nak bertanding pada PRU akan datang, menggunakan lambang BN.

“Dan kalau parti parti lain termasuk Pas nak menggunakan lambang BN, kita mengalu-alukan termasuk parti Bersatu. Bagi kita yang paling penting, persepakatan harus diadakan supaya dalam pilihan raya akan akan datang tidak berlakunya tiga penjuru,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas  mempengerusikan Mesyuarat Pemuda UMNO di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, Perlembagaan BN tidak perlu dipinda sekiranya parti bukan komponen bersetuju bertanding di bawah logo itu.

Apa yang penting, jelasnya, perkara itu perlu dipertimbangkan pihak berkaitan bagi menunjukkan konsep kesepakatan kepada rakyat. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.