Reaksi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon pada hari terakhir beliau selepas sidang media perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto MALAYSIA GAZETTE, 10 JUN 2020

PUTRAJAYA – Datuk Dr Rohaizat Yon yang bersara wajib pada Jun lalu kembali berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hingga akhir tahun ini.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media di sini hari ini.

Dr Rohaizat bersara wajib pada 10 Jun lalu selepas 35 tahun berkhidmat di kementerian itu.

Dikenali sebagai salah seorang panglima perang, beliau bersama Noor Hisham sentiasa bersama dalam mendepani penularan wabak Covid-19 sejak penghujung tahun lalu.

Sementara itu, Dr Rohaizat dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) pada 25 Mac tahun lalu menggantikan Datuk Dr Azman Abu Bakar.

Sebelum ini, Dr Rohaizat merupakan Pengarah Bahagian Perancangan, KKM sejak Februari 2017. – MalaysiaGazette