Foto Agensi.

COLOGNE, Jerman – Manchester United terpaksa menunggu pada masa tambahan untuk mengatasi FC Copenhagen 1-0 pada suku akhir Piala Europa awal pagi ini menerusi sepakan penalti.

Pemain sensasi antarabangsa Portugal, Bruno Fernandes muncul wira apabila meledak jaringan terbaiknya dengan tujuh gol dalam kejohanan musim ini.

United akan berdepan Sevilla atau Wolves di separuh akhir, menyertai Inter Milan dalam kedudukan empat terakhir selepas kelab Itali itu menang 2-1 mengatasi Bayer Leverkusen di Dusseldorf.

Dalam perlawanan itu, United melepaskan banyak peluang terhidang walaupun Solskjaer menurun semula barisan terbaik seperti Fernandes, Paul Pogba, Marcus Rashford, Mason Greenwood dan Anthony Martial.

Namun juara pada 2017 itu bergelut pada awal saingan dan penyerang berusia 18 tahun Copenhagen, Mohamed Daramy dua kali terbabit ketika pasukan kerdil Denmark itu mengancam pertahanan United.

Sementara itu, semua perlawanan bermula suku akhir Liga Europa musim ini akan berlangsung secara tertutup di empat venue utama, Cologne, Duisburg, Dusseldorf dan Gelsenkirchen – dalam format unik selepas terganggu selama lima bulan. – MalaysiaGazette