KUALA LUMPUR – Rina Sarif dilantik sebagai Ketua Pegawai Modal Insan yang baharu Lembaga Tabung Haji (TH) berkuatkuasa pada 3 Ogos lalu.

Sebelum menyertai TH, Rina merupakan Pengurus Besar Sumber Manusia di Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan juga pernah menjawat berbagai jawatan kepimpinandi beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mahupun syarikat multinasional.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran transformasi modal insan, pembangunan bakat yang turut bertanggungjawab dalam merangka dan melaksana strategi yang teguh serta progresif dalam membangunkan bakat-bakat baru untuk keperluan organisasi pada masa kini dan akan datang.

Pengalaman dan pencapaian beliau dalam bidang transformasi modal insan telah membawa pengiktirafan di peringkat global dan juga dianugerahkan ‘Top 101 Most Influential Global HR Leader 2019’ daripada World HRD Congress selain beberapa anugerah peringkat Asia yang lain.

Rina juga ahli Majlis Penasihat Industri Universiti Utara Malaysia dan Panel Penasihat Human Resources Online.- MalaysiaGazette