Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Perak tetap akan mengadakan pendengaran awam pada prosiding melibatkan bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berhubung isu Perbadanan Menteri Besar (MB. Inc). 
Zambry Abd Kadir

KUALA LUMPUR DatuK Seri Zambry Abd Kadir dilantik sebagai Pengerusi Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) berkuatkuasa esok.

Pelantikan bekas Menteri Besar Perak itu bagi menggantikan Tan Sri Datuk Zainun Ali yang meletak jawatan selepas Bursa Malaysia ditutup hari ini.

“MAHB dan ahli lembaga pengarah ingin mengucapkan penghargaan kepada Zainun atas sumbangan tidak ternilainya sepanjang bersama syarikat,” menurut kenyataan pengendali lapangan terbang itu.

Zambry merupakan pemegang Ijazah Muda dan Ijazah Ekonomi (Kepijian) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Beliau juga merupakan pemegang Ijazah dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Temple University, Amerika Syarikat.