Dua perwakilan Pergerakan Puteri UMNO dilihat melintasi dinding yang dihiasi logo parti UMNO ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 07 DISEMBER 2017
Gambar hiasan.

KOTA KINABALU – Lapan wakil rakyat Sabah yang bertukar dari UMNO ke Warisan dan UPKO selepas pilihan raya pada 2018 berhasrat memasuki semula UMNO.

Semua lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu turut memberi sokongan kepada Tan Sri Musa Aman pada 29 Julai lalu.

Mereka juga mahu bertanding semula menggunakan panji UMNO di kawasan masing-masing dalam pilihan raya negeri akan datang.

Sinchew Daily melaporkan, walaupun demikian, Datuk Bung Moktar Radin yang memimpin UMNO Sabah masih mempertimbangkan penyertaan semula ADUN itu.

Selain lapan ADUN tersebut, beberapa calon UMNO yang kecundang dalam pilihan raya pada 2018 dan kemudian meninggalkan UMNO juga berhasrat kembali dan bertanding semula di bawah tiket parti itu.

Sesetengah daripada mereka juga berpengaruh di peringkat tempatan dan mampu mengukuhkan peluang kemenangan UMNO dan Perikatan Nasional.

Walaupun begitu, disebabkan kerajaan pimpinan Musa tumbang akibat daripada tindakan mereka yang lompat parti, kesetiaan mereka terhadap UMNO juga diragui.

Selain itu, tindakan mereka yang lompat parti juga dikhuatiri menyebabkan sesetengah pengundi berasa muak.

UMNO Kota Belud sebagai contoh telah menyatakan tidak mengalu-alu kepulangan ADUN Tempasuk, Musbah Jamli yang meninggalkan UMNO untuk menyertai Warisan.

Selain Musbah, ADUN lain yang dilaporkan mahu kembali ke UMNO adalah Hamisa Samat (Tanjong Batu), Abd. Muis Picho (Sebatik), Osman Jamal (Balung), Bolkiah Ismail (Pitas), Saddi Abdul Rahman (Sukau), Jamawi Jaafar (Kemabong) dan James Ratib (Sugut). – MalaysiaGazette

9 Komen

  1. Jika Mahathir senantiasa meratib bahawa dia “tinggal sisa-sisa hidup” umurnya untuk terus memperdaya sokongan Melayu bahawa Sabah perlu SEDAR Adun-adun itu adalah “sampah-sampah hidup” yang mendatangkan pelbagai penyakit untuk rakyat. Awas kamu…

  2. kataksuka lompat biorlah dia follow parti pejuang…ha..ha..nanti jadi tungau dlm parti

  3. Pertamanya yang jangan diterima ialah Salleh Keruak….yang lain tu kami serahkan kepada DS Bung Mokhtar untuk pertimbangan.

  4. Bagus jugak masuk balik… Boleh dengar cerita dia..rintihan dia..pengalaman dia sepanjang mnyokong warisan… Itu boleh dijadikan iktibar kpd semua. Dan rakyat tahu warisan tu sape yg sebenar…

  5. Kalau dah insaf tu baguslah tapi kena tapis. Takut merfks dihantar unuuk jadi sepai warisan. Sapi bebal tu Sulu yang tak boleh caya. Tak Semporna sikapnya. Banyak rasuah dan politik wang.

  6. tak ada undang2 boleh lah lompat kiri kanan. kerajaan perlu buat akta khusus ini dengan segera.

  7. Bung Mokhtar… terima semula bulih bah… jgn ko bagi balik si katak tu bertanding semula… ko bagi sama kami yg muda-muda yg tatap setia walau ketua kami melompat suda… ko kenang jasa kami yg bertahan ketika ketua kami suda jadi katak terlompat-lompat ke sana sini bah… sayangilah kami yg tatap setia ini bah… kami sayang UMNO bah…

Comments are closed.