Bekas Setiausaha Sulit Kanan Mohamaddin Ketapi Direman 5 Hari | EDISI MG 8 Mlm – 15 Ogos 2020

Bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada bekas Menteri Pelancongan dan tunangnya direman lima hari bagi membantu siasatan berkaitan rasuah sebanyak RM3.7 juta.

Ia membabitkan kontrak promosi pengiklanan kelolaan sebuah agensi kerajaan bernilai lebih RM90 juta pada 2019.

Kedua dua suspek berusia 29 dan 28 tahun yang berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga tiba di mahkamah pada pukul 10.15 pagi.