KUALA LUMPUR – Siapa sangka penyampaian mesej kepada masyarakat termasuk yang berkaitan dengan anti rasuah juga boleh dilakukan melalui platform e-sukan (sukan elektronik) yang mengikut mengikut trend atau pembudayaan sosial semasa.

Malah inisiatif melalui menerusi program ‘SPRM PUBG (player unknown battle ground) Mobile i-Challenge’ oleh Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar dipuji.

Presiden MESF, Datuk Ananth S Nathan memberitahu MalaysiaGazette, hiburan juga boleh saling melengkapi mesej kepada masyarakat kerana norma kehidupan sudah berubah ketika ini.

“MESF sebenarnya amat menghargai jalinan usahasama dengan Jabatan Pendidikan Masyarakat SPRM dibawah pimpinan pengarahnya, Razim Mohd. Noor.

“Melaporkan jenayah dan rasuah secara dalam talian kini dilihat sebagai pendekatan jelas yang membantu agensi penguatkuasa mengambil tindakan secara aktif.

“Malah, ini juga merupakan petanda baik dalam kalangan masyarakat yang mula mengamalkan prinsip baik untuk membendung aktiviti rasuah sementara tindakan cekap dari penguatkuasa membantu melindungi negara.

“Ini juga langkah proaktif dekatkan diri dengan golongan e-komuniti menyebar luas mesej anti-rasuah melalui dalam talian, bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 yang juga menyebabkan program secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan, dalam skala yang besar,” katanya.

Kata Ananth, pihaknya turut berharap komuniti e-sport dapat menerapkan amalan baik menerusi program ini, berhibur sambil mengambil peluang memahami rasuah serta bagaimana mengekangnya daripada terus berleluasa.

“Sememangnya sokongan yang diberikan oleh SPRM ini wajar dipuji juga, kerajaan hakikatnya sedang bertungkus lumus dalam membanteras aktiviti tidak sihat ini melalui e-sport,” ujarnya.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki melancarkan pertandingan PUBG I-Challenge 2020 di ibu pejabat SPRM di Putrajaya baru-baru ini.

Pada majlis itu, Azam ketika berucap menyambut baik usaha MESF yang komited menekankan kesedaran rasuah yang tinggi dalam kalangan generasi muda, sebagai antara visi masa depan agensi itu.

Dengan tagline ‘Rasuah Dihina Maruah Dibina’, setiap kali pementasan bagi setiap pemenang mengikut siri yang telah ditetapkan logo SPRM sepanjang perlawanan diadakan.

Pemenang setiap siri juga akan dianugerahkan bintang berupa logo SPRM pengulas akan memberi ulasan bagi mendominasikan skrip berkaitan larangan mengambil rasuah secara berulang kali, dan tempelan bergerak atas inisiatif yang dijalankan SPRM, sepanjang perlawanan berlangsung.

Program yang dilaksanakan secara berperingkat bermula daripada peringkat saringan pada 17 Ogos ini sehingga peringkat akhir pada 6 September, dijangka menarik kira-kira 1.6 juta peminat e-sukan di seluruh negara serta menawarkan jumlah keseluruhan hadiah sehingga RM9,000. –MalaysiaGazette