Polis masih berusaha mengesan mayat bayi lelaki yang ditanam seorang lelaki di kawasan tanah perkuburan di Bagan Dalam, dekat sini dalam kejadian awal pagi Jumaat.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan meninggal dunia semalam akibat pendarahan di kepala selepas empat hari dirawat di hospital swasta kerana tidak sedarkan diri ketika berada di rumah pengasuh di Bandar Puchong Jaya, Serdang.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata mangsa dikejarkan ke hospital selepas ibu dan bapa mangsa dihubungi pengasuh berusia 40 tahun memaklumkan bayi mereka tidak sedarkan diri kira-kira 12 tengah hari, Selasa lepas.

Menurutnya, pemeriksaan awal doktor mendapati mangsa mengalami pendarahan pada bahagian kepala dan mengesyaki terdapat unsur dera.

“Siasatan lanjut mendapati mangsa disahkan kematian otak dan bergantung pada mesin bantuan pernafasan sahaja sebelum disahkan meninggal dunia pada 3.19 petang semalam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ismadi berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Serdang pada 1.40 tengah hari tadi mendapati punca kematian adalah pendarahan di kepala mangsa kesan jatuh dari tempat tinggi.

Katanya, siasatan lanjut mendapati mangsa terjatuh dua kali iaitu di rumahnya sendiri dan rumah pengasuh, namun tiada unsur penderaan berlaku.

Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, katanya.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast