Pep Guardiola

LISBON – Pengurus City, Pep Guardiola mengakui pasukannya melakukan kesilapan sekali lagi dalam Liga Juara-Juara selepas tersingkir pada suku akhir liga itu buat kali ketiga berturut-turut.

Beliau berkata, kesilapan sama dilihat di bahagian pertahanan apabila terlepas peluang dan kontroversi VAR menyumbang kepada kekalahan skuadnya dengan pengendali dari Catalan itu turut dipersalahkan kerana pemilihan pemain pada peringkat kalah mati.

“Satu hari kami akan akan memecahkan jurang ini dan melepasi suku akhir.

“Anda perlu sempurna dalam satu perlawanan di kejohanan ini dan kami tidak melakukannya.” kata Guardiola.

City tampak tidak menyerlah ketika Guardiola memulakan permainan dengan formasi 3-5-2 dan ketinggalan pada babak pertama menerusi Maxwel Cornet.

City kecundang ditangan Lyon 3-1 dalam perlawanan di Lisbon pagi tadi. – MalaysiaGazette