Keadaan kapal MV Wakashio yang terkandas selepas teralnggar terumbu karang di Mauritius pada 25 Julai lalu. foto Agensi

Riviere des Creoles, MAURITIUS – Kapal Jepun, MV Wakashio yang terkandas di terumbu karang di Mauritius bulan lalu telah diancam bencana ekologi laut di sekitar pulau Lautan Hindi telah pecah kata pihak berkuasa.

Keadaan MV Wakashio semakin teruk pada awal hari Sabtu dan ia pecah pada sebelah petang, kata Jawatankuasa Krisis Nasional Mauritius.

”Pada sekitar jam 4.30 petang, pemisahan bahagian depan kapal dikesan. Melihat keadaan itu pakar-pakar menasihatkan supaya ia ditunda,” katanya dalam satu kenyataan.

Kapal itu terlanggar terumbu karang pada 25 Julai lalu dan menumpahkan sekitar 1,000 tan minyak yang mengancam terumbu karang, ikan dan kehidupan laut lain.

Kejadian itu disifatkan sebagai bencana ekologi terburuk di negara ini.

Pada hari Jumaat lalu, sisa minyak dari kapal yang bocor mencemarkan laut, kata Presiden Persatuan Pemuliharaan Marin Mauritius, Jacqueline Sauzier.

Pihak berkuasa mengerahkan tindakan pantas untuk membantu kerja-kerja pembersihan minyak di sekitar kapal.

Jawatankuasa Krisis mengatakan perhatian khusus perlu diberikan kepada lokasi-lokasi sensitif seperti Taman Laut Blue Bay, Ile aux Aigrettes dan Tapak Ramsar Nasional Pointe D’Esny.

Ombak dijangka tinggi hingga 4.5 meter (15 kaki) dalam beberapa hari ini, kata pihak berkuasa.

Sebilangan besar minyak dari dalam kapal telah dipam keluar, kata kerajaan Mauritius pada hari Khamis, tetapi masih ada 166 tan bahan bakar di dalamnya dan pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengeluarkannya.

Menteri Alam Sekitar Jepun Shinjiro Koizumi memberitahu, Tokyo merancang untuk menghantar sepasukan pegawai dari kementerian dan pakar lain untuk menilai kerosakan tersebut.

MV Wakashio dimiliki oleh Nagashiki Shipping Jepun dan disewa oleh Mitsui OSK Lines.

Para saintis memaklumkan kesan penuh akibat tumpahan masih berlaku, tetapi kerosakan itu boleh mempengaruhi Mauritius dan ekonomi yang bergantung kepada pelancongan selama beberapa dekad.

Memindahkan kapal itu mungkin memakan masa berbulan-bulan. – MalaysiaGazette