Inter Milan melangkah ke final Liga Europa selepas menjinakkan Shakhtar Donetsk 5-0 dalam aksi separuh akhir awal pagi tadi.

MILAN – Inter Milan melangkah ke perlawanan akhir Liga Europa selepas menjinakkan lawannnya, Shakhtar Donetsk 5-0.

Pada aksi separuh akhir di stadium neutral awal pagi tadi, Romelu Lukaku dan Lautaro Martinez masing-masing menjaringkan dua gol.

Pada pentas akhir, Inter akan berdepan Sevilla yang menundukkan Manchester United 2-1 pada Ahad lalu.

Selepas gagal merangkul gelaran Serie A musim ini, Inter berpeluang menebus kekecewaan itu dengan menjuarai gelaran pertama Liga Europa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast