Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63 tahun ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan insentif khas bagi menggalakkan pelanggan perdagangan menerangi bangunan dan kawasan persekitaran masing-masing dengan lampu hiasan.

Insentif yang diberikan sejak tahun 2000 ini ditawarkan kepada semua pelanggan perdagangan di bawah tarif B, C1 dan C2 yang telah beroperasi sekurang-kurangnya setahun (sebelum 1 Ogos 2019), untuk tempoh dua bulan iaitu Ogos dan September 2020.

Bagaimanapun, insentif hanya akan tertera di dalam bil bulan Oktober 2020 bagi pelanggan yang layak.

Ia melibatkan bangunan pencakar langit, bangunan pejabat, kompleks komersial, kompleks membeli-belah, hotel serta stesen minyak.

TNB berkata, kadar insentif adalah 20.8 sen/kWj (kadar tarif Neon & Floodlight) bagi jumlah peningkatan penggunaan tenaga elektrik yang melebihi purata kegunaan tiga bulan yang diambil dari bulan Mei, Jun dan Julai 2020.

Pelanggan yang layak boleh membuat permohonan di Kedai Tenaga berhampiran atau melalui portal myTNB (www.mytnb.com.my).

Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 September 2020.

Bagi sebarang pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454 atau e-mel ke [email protected]. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast