Ronald Koeman secara rasminya diumumkan sebagai pengurus baharu Barcelona hari ini di Nou Camp.

LONDON – Ronald Koeman dinamakan sebagai Pengurus baharu Barcelona, dua hari selepas Quique Setien dipecat.

Koeman telah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Jurulatih pasukan Belanda sejurus selepas berbincang dengan Lembaga Pengurusan Barcelona dua hari lalu.

Koeman, 57, dilaporkan telah bersetuju dan menandatangani kontrak dua tahun bersama pasukan gergasi La Liga itu.

Koeman menjadi pilihan Barcelona memandangkan dia merupakan bekas pemain pertahanan pasukan itu selama enam musim.

Dia beraksi untuk Barcelona antara 1989 hingga 1995 dan membantu menjulang La Liga dan Liga Juara-Juara Eropah.

Buat pertama kali selepas musim 2007/08, the Catalans gagal memenangi sebarang piala pada musim lalu dan menamatkan saingannya sebagai naib juara.

Kekalahan memalukan 2-8 kepada Bayern Munich pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah menyaksikan Setien dipecat serta merta. – MalaysiaGazette