Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR- Kerajaan jangan kedekut untuk menambah sebanyak RM45 bilion kepada suntikan dana Covid-19 untuk menyelamatkan pekerjaan rakyat, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pengilang-pengilang.

Berdasarkan tinjauan oleh Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia-Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (FMM) -MIER), lebih dari 41% pengilang Malaysia mengatakan perniagaan mereka hanya dapat bertahan selama kurang daripada satu tahun akibat daripada kerugian hasil ketika sekatan Covid-19.

Apa yang menarik adalah daripada tinjauan Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) pada bulan Julai mendapati tempoh itu berdasarkan pakej rangsangan kerajaan, subsidi gaji dan moratorium bank.

Oleh itu, Lim Guan Eng berkata, tambahan RM45 bilion diperlukan untuk kelangsungan golongan yang terjejas.

Bekas Menteri Kewangan itu menambah, sektor perkilangan adalah komponen utama ekonomi Malaysia, menyumbang 21% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan lebih daripada 80% jumlah eksport pada tahun 2019.

Berikutan ramalan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bahawa ekonomi global akan menguncup sebanyak 4.9% tahun ini, suntikan dana tambahan RM45 bilion, moratorium pinjaman bank, diskaun tenaga elektrik dan subsidi upah sangat penting kepada perniagaan tempatan untuk bertahan dan mencegah jumlah pengangguran melebihi 1 juta orang.

”Kerajaan Persekutuan tidak patut kedekut untuk menyuntik tambahan RM45 bilion, apabila terdapat kecairan yang mencukupi di pasaran hutang domestik sebanyak RM1.6 trilion untuk menampung pinjaman tersebut.

”Jumlah suntikan dana berjumlah RM90 bilion dengan tambahan RM45 bilion bukanlah terlalu besar berbanding dengan pakej rangsangan Singapura yang berjumlah $108 bilion,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Jelasnya, pihak pembangkang bersedia mengetepikan perbezaan politik dan menyokong sepenuhnya sebarang langkah kewangan yang dapat mengurangkan beban rakyat dengan menggandakan suntikan dana RM45 bilion sedia ada.

”Jika ini gagal dilakukan ia boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan, perniagaan gulung tikar dalam jangka waktu satu tahun dan menyebabkan kesusahan yang tidak terjangka kepada rakyat.

”Apabila semua itu terjadi, sudah terlambat jika kerajaan mahu memberikan suntikan dana tambahan sebanyak RM45 bilion kerana nasi sudah menjadi bubur, bantuan sampai terlalu sedikit dan terlalu lambat,” ujarnya, – MalaysiaGazette

15 Komen

  1. Menyalak dah puak2 kafir harbi dap..masa dia jadi krjaan 22 buln apa yg dia buat..smpaikn rakyat hdp merempak, ckp ngra nk bekrap ..kena jimat2..skrg puak2 anjing ni dah myalak..bodoh punya

  2. Bila menteri kewangan PH yang kedekut bagi rakyat rm30 nak nasihat kerajaan PN jangan kedekut

  3. Merepek la puak dap, menteri 30 ringgit ni main politik nak selamatkan diri dari tuduhan mahkamah di mata penyokongnya. Hero drama terhebat di abad ini dan negarawan terulung impian syed ulam raja

  4. Masa ko jadi menteri kewangan ko cakap tiada duit..skrg bila kerajaan ko tumbang pandai pula pula ko ckap kerajaan baru jangan kedekut.. sudah2 lah ex menteri kwangan yg paling kedekut…byr kes makamah pun minta derma rakyat padahal dah bnyk duit rakyat ko songlap.

  5. Kau lagi kedekut DAP Lee Guan eng masa merintah cuma bagi kat rakyat $30 apa cerita puih DAP Lee Guan eng

  6. kata KEDEKUT…tapi RUU pembekalan di Parlimen baru2 ini ditolak mentah2 oleh DAPIG dan KHADAM2nya…TERSERLAH lagi sikap P akatan H ancing P unahh H arap an

  7. lupakan saja lah apa2 si kafir ni ckp… lupakan, jgn pedulikan.. tak yah pk pun.. tak yah masuk berita pun…

  8. Geng semua, kena ingat. Dia mintak bantuan ni utk sapa. Utk perusahaan yg pasti majoritinya puak2 dia. Depa ni bijak woo. Kalau bab bab kepentingan puak depa, depa buat tebal muka saja. Dia bukan suh bantu rakyat pun tp bantu kompeni2 puak2 dia.

  9. A miser asking the Govt for help. Just because his community is against him and his party policies.
    He is not asking for the business community or the rakyat but he just want to be seen as a helpless hero begging for others. Just like the time, he allegedly told everyone that he help a girl in distress but forgot to tell how he used damsel in distress to his advantage. A very good actor just like his father and Atok.

Comments are closed.