Ronald Koeman

LONDON – Ronald Koeman tidak dapat memastikan sama ada dia perlu memujuk Lionel Messi untuk tinggal di kelab itu.

Ketua Jurulatih baharu Barcelona itu berkata Messi masih merupakan pemain Nou Camp dan masih mempunyai kontrak sehingga 2021.

Koeman, 57, telah menandatangani kontrak dua tahun di Nou Camp semalam dua hari selepas Quique Setien dipecat kelab itu.

Masa depan Messi di Nou Camp kini menjadi tidak menentu selepas pasukan itu gagal meraih sebarang gelaran utama musim lalu.

Untuk mendapatkan isi hati bintang antarabangsa Argentina itu, katanya dia akan bertemu dengan Messi.

“Dia masih berkontrak dengan Barcelona. Buat masa ini saya perlu duduk bersama dan bercakap dengannya kerana dia masih merupakan kapten pasukan.” katanya.

Koeman menjelaskan, pihak kejurulatihan perlu bekerjasama dengan Messi dan juga berunding dengan pemain lain untuk membuat satu keputusan demi masa depan pasukan.

Namun dalam soal Messi katanya, beliau mengharapkan Messi kekal di Nou Camp.

“Saya tak tahu jika perlu bercakap dan memujuk Messi untuk kekal di kelab ini.

“Lagipun dia adalah pemain terbaik dunia dan mahukan beraksi untuk pasukan anda bukan pasukan lawan.

“Sebagai ketua jurulatih memang saya berminat untuk bekerja dengan dia selepas ini.

“Sekiranya dia membuat keputusan untuk kekal di kelab ini, sayalah individu paling gembira nanti,” tegas Koeman.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast