Foto Agensi.

LISBON – Serge Gnabry muncul wira apabila meledak Bayern Munich menewaskan Lyon 3-0 pada separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di sini awal pagi tadi.

Juara Bundesliga itu akan bertemu kelab Perancis, Paris Saint-Germain pada aksi final Ahad ini.

Dalam aksi tanpa penonton itu, Lyon sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana mensia-siakan dua peluang keemasan untuk mendahului permainan di Estadio Jose Alvalade, menerusi Memphis Depay dan Karl Toko-Ekambi.

Hanya beberapa saat selepas percubaan Toko-Ekambi tersasar, Gnabry, 25, membuka jaringan untuk Bayern pada minit ke-18 dan sekali lagi pada minit ke-33.

Gnabry yang meledak empat gol dalam kemenangan 7-2 ke atas Tottenham Hotspur di peringkat kumpulan kini mengumpul sembilan gol dalam sembilan penampilan di kejohanan itu musim ini.

Gol ketiga Bayern diperolehi menerusi Robert Lewandowski pada minit ke-55 untuknya musim ini, hadir dua minit sebelum tamat permainan.

Penyerang sensasi Poland itu terus mendahului senarai penjaring dengan 15 gol. – MalaysiaGazette