Sebanyak 1,754 unit beg tangan tiruan berjumlah RM140,320 dirampas dalam satu serbuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sebuah kondominium di Cheras, Kuala Lumpur dijadikan tempat simpanan pada 19 Ogos lalu.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,754 unit beg tangan tiruan berjumlah RM140,320 dirampas dalam satu serbuan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sebuah kondominium di Cheras, Kuala Lumpur dijadikan tempat simpanan pada 19 Ogos lalu.

Hasil risikan Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP, kediaman berkeluasan 900 kaki persegi berkenaan dijadikan tempat simpanan barang tiruan sebelum dijual, kata Pengarah Penguatkuasa kementerian berkenaan, Datuk Iskandar Halim Sulaiman.

Dengan bantuan bersama pihak pengurusan kondo, pasukan berjaya memasuki premis setelah memecah padlock jeriji.

“Hasil pemeriksaan awal pasukan bersama wakil pemilik cap dagang Global Trade Shield (GTS) mendapati barang-barang tersebut adalah merupakan sejumlah 1754 unit beg tangan pelbagai jenama seperti Gucci, LV, YSL, dan Chanel yang disyaki suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut kenyataan jiran, rumah itu telah lama kosong dan tidak pernah melihat pergerakan keluar masuk dari rumah tersebut.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan bagi maksud perdagangan barang-barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah.

Untuk rekod, operasi serbuan KPDNHEP berkenaan melibatkan tiga orang pegawai penguat kuasa.

Turut sama dalam serbuan tersebut adalah wakil pemilik cap dagang GTS.-MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.