Ibuyati menunjukkan empat laporan polis yang dibuatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Wartawan bebas yang dikenali sebagai Ibuyati telah membuat empat laporan polis dan tiga daripada mengenai kekayaan luar biasa keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain itu, Ibuyati atau nama sebenarnya Wan Noor Hayati Wan Alias juga membuat laporan polis mengenai kehilangan wang atas penama Kamal Ashnawi yang didakwa melebihi RM11 trilion.

Laporan dibuat di Balai Polis Wangsa Maju.

Menurut Ibuyati, dua kategori laporan polis dibuat iaitu mengenai orang yang mendakwa duitnya hilang secara luar biasa dan satu lagi mengenai orang yang didakwa mempunyai kekayaan luar biasa.

“Menjadi persoalan adakah keduanya ini saling berkait? Itu yang saya minta polis siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ibuyati, dia membuat laporan polis juga bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan menyiasat sekiranya ada kesalahan jenayah mengenainya.

Menurutnya, jika bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dihukum penjara 72 tahun dan didenda RM210 juta kerana ada RM42 juta dalam akaun perbadinya tindakan yang sama juga perlu dibuat sekiranya benar ada pemimpin lain yang ada sejumlah wang dalam akaunnya sebelum ini.

“Anehnya, kenapakah orang yang dilaporkan ada kekayaan luar biasa RM100 bilion ini tidak ditangkap atau disiasat polis?

“Ianya bukan rahsia lagi, sudah menjadi perdebatan awam dan dilapor media sekian lama.

“Malah ada dalam kalangan keluarga bilionair seperti Tengku Mahkota Johor, anakanda Sultan Johor sendiri mempersoalkan dari mana punca kekayaan keluarga Mahathir.

“Puluhan artikel mengenai kekayaan luar biasa Mahathir turut tidak dipadam, diturunkan, dinafikan atau dikategori sebagai berita palsu sejak bertahun-tahun lamanya yang menimbulkan hipotesis ia adalah berita benar dan boleh dijadikan asas perundangan,” katanya.

Menurut Ibuyati, semakan di komputer Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan daripada 32 juta rakyat Malaysia, beliau adalah orang pertama yang membuat laporan polis terhadap Mahathir berkenaan isu berkenaan.

Dalam pada itu, Ibuyati juga orang pertama membuat laporan polis mengenai kehilangan wang Kamal Ashnawi yang heboh diperkatakan sebelum ini sebagai wang untuk orang Melayu dari Dana Nusantara.

Merujuk laporan polis mengenai Kamal Ashnawi pula, Ibuyati berkata, ini adalah satu kehilangan wang yang paling besar dalam sejarah dunia iaitu lebih RM11 trilion.

“Sebenarnya ada banyak lagi laporan polis yang akan dibuat terhadap untuk negara. Fardhu kifayah saya sebagai Tokoh Wartawan Rakyat, biar semua rakyat tahu,” dakwanya.- MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Hanya pencuri sahaja yang menuding jarinya untuk menuduh orang lain pencuri. Saya rasa rahsia isu ini terselindung pada huruf ‘PA’. Tak taulah PDRM akan ambil kes ini atau tidak.

  2. wang pampasan buruh paksa jepun juga patut disiasat kembali. yang disalah guna oleh kerajaan dahulu. pewaris dah lama menunggu bayaran tidak juga dibayar. ini hak rakyat miskin yang perlu disiasat dan dikembalikan pada yang berhak diterima. beritanya ada kena mengena dengan syarikat perkapalan misc yang rakyat tak tahu. tolong siasat semuanya.

  3. Takutlah azab akhirat yg Allah dh sediakn bg yg tidak hairan azab dunia….hidup ni x kekal jgn menyesal bila bangun nanti dh di dunia lain….semoga Allah pelihara kita dr kejahatan jin dan manusia…..

  4. kalau boleh kerajaan ..polis..sprm…siasat supaya rakyat dpt pembelaan yg betul dari penyangak2 ini

Comments are closed.