TERKINI : Kemasukan Pelajar UUM, UiTM Merbok Mungkin Ditangguhkan – Noraini Ahmad

Kemasukan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam di Kedah dan Sarawak yang akan memulakan pengajian mereka semula pada Oktober ini mungkin ditangguhkan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, penangguhan akan dibuat berikutan kes pandemik Covid-19 yang semakin menular di negeri tersebut selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kerajaan negeri yang terlibat.

“Pelajar akan mula masuk Oktober, jadi bergantung kepada keadaan semasa COVID-19 dan prosedur operasi standard (SOP) juga telah ditekankan oleh pihak kementerian supaya setiap universiti mengikut SOP yang ditetapkan.