Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Program Sarapan Pagi bersama pengundi sempena sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N. 58 di Felda Gunung Besout 2, Perak. foto AFFAN FAUZI, 22 OGOS 2020.

SLIM RIVER – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri menafikan timbalannya, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz menyalahgunakan kuasa dalam isu surat permohonan sokongan dalam pelantikan anaknya dalam Lembaga Pengarah Pharmaniaga.

Beliau menjelaskan, sebagai timbalan menteri, Ikmal Hisham tidak perlu membuat surat permohonan untuk disokong olehnya.

Ini kerana jelas beliau dengan jawatan yang ada, Ikmal Hisham boleh secara terus kepada Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk pelantikan Lembaga Pengarah yang memiliki saham dalam syarikarat farmasi itu.

“Sebagai timbalan menteri, ramai yang kata beliau sebenar salah guna kuasa. Kalau beliau nak salah kuasa tidak perlu melalui saya.

“Tapi beliau tidak menggunakan kuasa beliau untuk terus kepada Pengerusi LTAT dan terus kepada saya untuk dapat sokongan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas hadir pada majlis perjumpaan bersama Warga Veteran Angkatan Tentera Malaysia di Dewan Orang Ramai, Felda Besout 2 di sini hari ini.

Beliau diminta isu salinan surat sokongan yang ditulis Ikmal Hisham yang dikatakan meminta anaknya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga, tular di media sosial semalam.

Surat berkenaan yang ditujukan kepada Ismail Sabri bertarikh 5 Jun 2020, mengandungi nota sokongan Ismail kepada Pengerusi LTAT yang mengatakan dia bersetuju dengan cadangan itu. – MalaysiaGazette