JPN Selangor Ministry of Education (MOE) teacher rape jokes SMK Puncak Alam Ain
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Kementerian Pendidikan Malaysia membangunkan satu sistem permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu dan Tingkatan empat ke sekolah khusus secara single entry point untuk tahun 2021.

Sistem tersebut menurut KPM, melibatkan permohonan secara berpusat dan juga kaedah pentaksiran standard secara berpusat.

Jelasnya, pentaksiran kemasukan Sekolah Khusus yang akan dilaksanakan itu merangkumi tiga bahagian iaitu Kecerdasan Insaniah (20 peratus), Kecerdasan Intelektual (70 peratus) dan Artikulasi Penulisan (10 peratus).

“Kaedah pelaksanaan Ujian Kecerdasan Insaniah dan Kecerdasan Intelektual adalah secara dalam talian manakala kaedah pelaksanaan ujian Artikulasi Penulisan adalah secara bertulis.

“Maklumat lanjut berhubung pentaksiran ini akan dimaklumkan melalui portal KPM pada  1 September 2020,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sekolah Khusus merujuk kepada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Tarikh bagi permohonan dalam talian, semakan pusat pentaksiran dan pelaksanaan pentaksiran adalah seperti berikut:

PERKARA TINGKATAN 1 TINGKATAN 4 /

TAHUN 1 SVM

Permohonan dalam talian 7 September –

2 Oktober 2020

7 September –

2 Oktober 2020

Semakan Pusat Pentaksiran 7– 23 Oktober 2020 12 Oktober –

6 November 2020

Pelaksanaan Pentaksiran 12 – 23 Oktober 2020 26 Oktober –

6 November 2020

-MalaysiaGazette