Polis menahan seorang pemandu lori serta 4 pekerja syarikat sisa pepejal berhubung kes pemasangan Jalur Gemilang terbalik pada sebuah lori sampah dalam kejadian di Bandar Country Homes, Rawang semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat seorang lelaki yang melalui hadapan masjid di lokasi berkenaan pada pukul 9.40 pagi.