Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan Pakatan Harapan (PH), Lim Guan Eng berkata pengecualian tender terbuka kerajaan dibenarkan oleh Kementerian Kewangan.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata, di Kementerian Kewangan terdapat syarat-syarat tertentu yang dibenarkan untuk pengecualian proses tender terbuka.

“Pengecualian menggunakan kaedah tender terbuka oleh Kementerian Kewangan berpandukan garis panduan kerajaan yang dilampirkan jaitu tertakluk kepada syarat tertentu seperti perolehan masa krisis atau bencana alam, perolehan berkepentingan nasional dan keselamatan negara (Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Di-Raja Malaysia), kepakaran khusus dan sebagainya.

“Kabinet juga boleh digunakan untuk proses rundingan terus, satu perkara yang nampaknya semua menteri-menteri “pengkhianat” sekarang sudah lupa,” katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Guan Eng berkata demikian menjawab pendedahan Menteri Kewangan Perikatan Nasional, Tengku Datuk Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam bahawa sejumlah 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion diluluskan oleh kementerian tersebut sewaktu pentadbiran kerajaan PH.

Tengku Zafrul membangkitkan perkara itu ketika penggulungan RUU Langkah-langkah sementara bagi pembiayaan kerajaan (penyakit koronavirus 2019) Covid-19 2020 di Dewan Rakyat semalam.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata tender terbuka di zaman pentadbiran PH hanya melibatkan kos purata pada paras RM65.3 juta sahaja.

“Menteri Kewangan menyatakan 101 projek rundingan terus yang bernilai sebanyak RM6.6 bilion telah diluluskan Kementerian Kewangan Pakatan Harapan sepanjang 22 bulan pentadbiran.

“Dalam kata lain, kos purata setiap projek rundingan terus di zaman PH adalah RM65.2 juta. Namun berapakah peratusan RM6.6 bilion ini berbanding dengan nilai keseluruhan di bawah PH? Jawapannya ialah 1.4 peratus,” kata Guan Eng.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP itu mendesak agar Tengku Zafrul mendedahkan senarai penuh 101 projek rundingan terus yang didakwa oleh beliau.

“Mengapa takut untuk berbuat demikian? Menteri Kewangan tidak harus menyembunyikan dan main sorok-sorok maklumat.

“Saya cabar dia dedahkan kesemuanya supaya rakyat boleh menilai dan membandingkan syarikat mana yang berjaya mendapat tender, kroni siapa yang dapat serta menteri mana yang memohon kelulusan rundingan terus,” desak Guan Eng lagi. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Saudara Guan Eng ubah topik pula. Isunya di sini ialah kerajaan gagalkrasi PH bertindak berlawanan dengan janji manifesto pakatan hancing yang mengutamakan rundingan terbuka. Memang patutlah anda ditukar. Sila bersara.

  2. Bukan takut dedah, tiada guna punnak dedah, kontrak dah tanda tangan, tak akan kerajaan sedia ada hendak batalkan kontrak pula.

  3. gone end sulah takut,
    menteli kewangan yg balu jalang tipu oo..
    kalau tilak butul kasi pelatulan mensyualat laa..
    manyak boloh punya olang

  4. Siasat habisan2 si apek ni..’cina kalau tak tipu,bukan cina’. Ini olang cina yg cakap oo..

  5. “Dalam pada itu, Guan Eng berkata tender terbuka di zaman pentadbiran PH hanya melibatkan kos purata pada paras RM65.3 juta sahaja.”

    mungkin 65.3 juta sehari..

  6. Lahanat punya Lim Guan Eng kini main-main dengan nilai purata pulak… ni banyak Tanda Kona Dan Titik… Ok ke Guan Eng?
    Fakta pendedahan adalah Lim Guan Eng menipu rakyat kerana “bertitah” semua tender dibuat terbuka walaupun hanya untuk sebutharga.
    Perasuah “senyum” Tanda bersetuju ini mengelirukan Dewan kerana menipu rakyat menggunakan kuasanya.

  7. …dlm manifesto ph pru14…
    TIADA TAWARAN TERUS!!
    ITU isunya dapkomunis oiiii!!!

    …..dapkomunis memang pandai TIPU!!
    MOHON RAKYAT MALAYSIA..SELEPAS PRU15 PASTIKAN DAP@KOMUNIS TIADA DALAM PARLIMEN MALAYSIA.

Comments are closed.