Dr Amran Kasimin

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Datuk Dr. Amran Kasimin meninggal dunia petang tadi.

Allahyarham yang juga dikenali dalam perubatan Islam itu meninggal di Hospital Canselor Tuanku Muhriz pukul 6. 20 petang.

Allahyarham juga bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bekas Ahli Lembaga Pengarah UKM.

Allahyarham juga memberi sumbangan besar kepada pendokumentasian rawatan tradisional komplementari Melayu Islam di Malaysia menerusi penerbitan pelbagai jurnal dan buku. – MalaysiaGazette