Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bersama barisan Ahli Parlimen Pakatan Harapan bercakap pada sidang media mengenai pendedahan senarai 101 projek rundingan terus oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 27 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) hari ini memberitahu tidak semua 101 projek rundingan terus yang disebut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz adalah dibawah pemerintahan PH.

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, daripada keseluruhan projek itu, sejumlah 31 projek yang bernilai RM1.753 bilion merupakan projek yang diwarisi kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kebanyakan projek rundingan terus ini bukan inisiatif baru daripada PH tetapi adalah projek yang diwarisi zaman BN.

“Bezanya PH telah meneruskan projek-projek ini dengan pemotongan kos yang menghasilkan penjimatan yang ketara.

“Apa yang mengejutkan ialah rupa-rupanya projek rundingan terus di bawah inisiatif PH bukannya RM6.61 bilion seperti yang diwar-warkan. Tetapi hanya RM352 juta.

“Baki RM6.258 bilion ialah projek yang diwarisi dan sambungan dari zaman BN yang terpaksa diteruskan oleh PH,” katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat, semalam.

Tambah Guan Eng lagi, hanya RM352 juta atau 5.3% daripada RM6.61 bilion merupakan perolehan baru rundingan terus yang dilaksanakan kerajaan PH.

“Daripada senarai ini, RM170 juta, iaitu hampir setengah atau 48.3% daripada nilai keseluruhan adalah untuk projek membina, mengoperasi dan menyelenggara stesen pemindahan sisa pepejal baharu di Taman Beringin, Jinjang Utara bagi menggantikan stesen sedia ada. Projek ini diterajui oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Mungkin lebih baik jika Menteri terlibat, YB Ampang yang begitu lantang menafikan penawaran sebarang kontrak rundingan terus, boleh menjelaskan apa sebabnya projek ini ditawarkan secara runding terus,” katanya lagi

Selain itu, Guan Eng berkata, kontrak RM70 juta telah diberikan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mencetak Buku Teks Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akibat kesuntukan masa.

Projek rundingan terus terbesar daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MoA) adalah “Operasi Bersepadu Wabak Rabies” berjumlah RM2.98 juta, jelas Guan Eng lagi.

“Peruntukan ini adalah terdesak untuk mengatasi kecemasan wabak rabies di Negeri Sarawak. Adakah kerajaan perlu menunggu di waktu menghadapi masalah kesihatan untuk menjalankan operasi melawan wabak rabies,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. 31 projek warisan BN…dan 70 projek dari DAP? Sial punya Guan Eng..kata tak nak buat runding terus mcm BN..tapi buat juga..malah lebih banyak! mana janji ko kepada rakyat tak ada lg direct nego mcm BN? kaki kencing!!!

  2. Yer..kurangkan kos dgn cara kurangkan skop kerja, panjangkan tempoh kontrak…samalah dlm kes tol..kurang tol 18% lepas tu tambah tempoh konsesi lagi 30 tahun! …musibat punya DAP..ko ingat rakyat bodoh mcm ko!

  3. Projek besar lain boleh batal, boleh tangguh, kenapa projek yang 31 ini tidak batalkan kalau betul hendak laksanakan tender terbuka. Nampak sangat cakap tidak serupa bikin. Minta tengok kertas projek rundingan terus ini di sign oleh siapa.

  4. Apek Tok Pekong ni betul ke atau tertinggal titik perpuluhan? Jangan kencing sang apek oiiii.

  5. ….isu sekarang adalah “runding terus”!!!
    Masa kempen pru14 ko kata nak hapuskan rundingan terus!! Masa ko dah jadi kera jaan ko tak hapuskan!!
    Yang ko melalak menyalak dan meroyan2 ni pasai ape?!!
    Nampak sangat ko ni tg TAKUT!!!

Comments are closed.