Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) mengumumkan agihan pendpatan Amanah Saham Malaysia 2- Wawasan (ASM 2 Wawasan) sebanyak 4.00 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos ini.

Agihan tersebut mengatasi penanda aras pulangan purata Deposit Tetap 12-bulan Maybank pada kadar 2.61 pratus sebanyak 139 mata asas.

“Pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASM 2 Wawasan adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan yang dimiliki sepanjang tahun kewangan dana tersebut.

“Pengagihan yang diisytiharkan oleh ASM 2 Wawasan akan dilaburkan semula secara automatik sebagai unit tambahan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 September 2020,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Urus niaga bagi ASM 2 Wawasan telah ditangguhkan buat sementara waktu di semua cawangan dan ejen ASNB seluruh negara bermula 27 hingga 31 Ogos 2020 untuk tujuan pengiraan pengagihan pendapatan.

Pemegang unit boleh menyemak dan mengemas kini akaun mereka di http://www.myasnb.com.my atau melalui aplikasi mudah alih myASNB apabila urus niaga kembali beroperasi pada 1 September 2020.- MalaysiaGazette