Shinzo Abe. foto Agensi

TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dijangka meletakkan jawatan berikutan kesihatannya yang makin merosot.

Perkara tersebut disampaikan sumber yang rapat dengan parti pemerintah pada Jumaat.

“Peletakan jawatan beliau adalah muktamad,” kata sumber berkenaan.

Abe bertarung dengan penyakit ulcerative colitis sejak beberapa tahun lalu dan telah dimasukkan ke hospital sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu telah menimbulkan persoalan sama ada beliau boleh kekal memegang jawatan berkenaan hingga tamat tempoh iaitu pada September tahun depan.

Beliau dijadualkan membuat sidang media pada jam 5 petang ini.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast