Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencabar Zuraida Kamaruddin mendedahkan surat permohonan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 2018 untuk projek rundingan terus RM170.3 juta kepada Kementerian Kewangan.

Projek-projek yang dimaksudkan ialah Projek Sisa Pepejal Taman Beringin atau PSPTB (bernilai RM170,294,400.00) dan Sistem Perisian Perakaunan Century (bernilai RM501,206.37).

Guan Eng berkata, surat permohonan KPKT yang diterajui Zuraida itu ditulis oleh pegawai kanan yang berpangkat Ketua Setiausaha (KSU) memandangkan projek itu melibatkan jumlah yang besar.

”Zuraida tidak boleh menafi bahawa ada surat permohonan KPKT sedemikian. Saya mencabar beliau untuk mendedahkannya supaya rakyat boleh mengetahui kisah sebenar,” katanya.

Tegas bekas Menteri Kewangan itu, KSU KPKT tidak mungkin menulis surat rasmi pada tahun 2018 kepada Kementerian Kewangan tanpa pengetahuan atau restu menterinya, iaitu Zuraida.

Sekiranya benar permohonan dibuat tanpa pengetahuan Zuraida, KSU boleh dikenakan tindakan disiplin.

”Saya tidak percaya bahawa KSU KPKT ialah seorang yang sanggup bertindak “khianat” sedemikian walaupun terhadap seorang menteri “pengkhianat” PH. Ataupun Zuraida begitu jahil tentang perihal Kementeriannya sehingga tidak tahu KSU telah membuat permohonan RT kepada MOF.

”Sekiranya ini benar, maka Zuraida memang tidak layak “not fit and proper”, untuk memegang jawatan Menteri,” ujarnya.

Semalam Zuraida mendedahkan dua projek runding terus di kementeriannya memang diluluskan oleh Guan Eng selaku Menteri Kewangan kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.

“Saya boleh mengesahkan bahawa rundingan terus ini dilaksanakan oleh bekas menteri kewangan sendiri iaitu Lim Guan Eng,” katanya.

Artikel berkaitan: Guan Eng luluskan 2 projek runding terus KPKT – Zuraida

Zuraida menambah, Penasihat Syarikat Bumi Segar Indah ialah Tamrin Tun Ghaffar yang juga penyokong PH.

Katanya, pada pertemuan 26 November 2018, Guan Eng bukan haja membincangkan rundingan semula projek itu bersama Tamrin tetapi juga bersetuju mengurangkan kos yuran pemberian 10 peratus lebih sedikit daripada kos asal kononnya dapat menjimatkan wang untuk kerajaan.

Guan Eng kemudian menasihati Bumi Segar Indah untuk berhubung dengan KPKT untuk membentangkan dan susulan dengan cadangan rasmi.

Mengulas kenyataan itu, Guan Eng menyifatkan Zuraida berpaling tadah dan menyalahkannya pula.

“… kononnya sayalah yang meluluskan PSPTB pada 20 Februari 2019 sebanyak RM170.3 juta tanpa pengetahuannya. Ini perkara yang mustahil. Saya ingin tegaskan bahawa amalan biasa ialah kementerian yang bertanggungjawab akan memohon kepada Kementerian Kewangan untuk projek RT dijalankan. Justeru, semestinya akan ada surat daripada KPKT kepada Kementerian Kewangan.

”Sila dedahkan juga surat kepada KPKT daripada Kementerian Kewangan atau daripada saya, kalau ada. Saya berharap Zuraida boleh mendedahkan surat-surat yang berkaitan agar rakyat dapat menilai sendiri kebenarannya. Janganlah sorok-sorok, sembunyikan fakta, menutup kebenaran atau lari daripada hakikat sebenarnya.

Dalam pada itu, Guan Eng mahu Tengku Zafrul mendedahkan senarai projek RT semasa pentadbiran Barisan Nasional dan Perikatan Nasional jika tidak mahu isu ini dilihat sebagai serangan politik semata-mata.

”Yang penting sekali projek RT yang diluluskan oleh beliau sendiri dalam kerajaan Perikatan Nasional(PN).

”Buktikan semua projek RT yang diluluskan oleh Zafrul sendiri adalah teratur dan berkepentingan awam. Biar rakyat buat penilaian sendiri, kerajaan mana yang mendokong prinsip akauntabiliti dan ketelusan.

”Jangan ada double-standard atau “antara dua darjat” seperti Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia yang hanya berhasrat mengkaji projek RT PH, tetapi tidaknya projek RT BN atau PN.

”Biar fakta berbicara dengan sendirinya. Berani kerana benar. Amar makruf nahi mungkar,” kata Guan Eng. – MalaysiaGazette

Projek runding terus di luar pengetahuan saya – Zuraida

7 Komen

  1. Kenapalah LGE pergi luluskan pula tender tu, sepatutnya tulis sahaja tidak setuju atau akan dibawa ke kabinet. Tak akan lah itu pun tak boleh nak pikir.

  2. Aku rasa dah bahawa utk menuduh terlalu mudah tetapi bila kena batang hidung sendiri baru terasa. Tapi apa nak hairan….memang perangai dia dah macam tu. Dia bimbang apa selagi Jemin ada….

  3. Kenapa tak siasat RT BN zaman pemerintahan PH dulu ? Bila keraja’an PN siasat RT PH ,baru nak sibuk suruh PN siasat RT BN …jgn lah kaitkan org lain bila org nak bukak kes lu apek. Apa,nak tutup pekung di dada lu ke apek ? Nampak sangat lu ni anak murid atok..semua salah org lain, salah sendiri tak nampak. Jgn larikan fakta, be a gentleman !!!

  4. LGE ini sejenis manusia yang suka menyalahkan orang lain, sendiri punya taik pun masih tuduh orang lain berak.

  5. Setuju saranan lge…klu betul nak prove kerajaan yg ada akauntabiliti dan integriti…dedahkan semua. Jgn ada nego bawah meja atau bilik gelap. Sapa yg langgar undang2…sprm atau polis sila siasat. Kita lihat siapa yang kena…

Comments are closed.