Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap kepada media selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) N.58 Slim di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, Dewan Sri Tanjong, Majlis Daerah Tanjung Malim, Perak. foto AFFAN FAUZI, 29 OGOS 2020.

TANJUNG MALIM – Kemenangan besar calon Barisan Nasional bagi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim membuktikan parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad telah ditolak rakyat.

Malah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan itu juga menunjukkan rakyat sudah muak dengan strategi menggunakan serangan peribadi ke atas diri beliau.

“Strategi parti baru Dr Mahathir, Pejuang yang guna lambang Pokok ketika kempen, apa yang mereka lakukan ditolak balik oleh rakyat, orang sudah meluat dengar kalau dilihat kempen kali ini kerana hendak balas dendam atau soal peribadi.

“Rakyat dengar cerita dan mereka telah tolak, mereka nak pemimpin yang boleh bela mereka, boleh jaga kebajikan rakyat.

“Balik-balik sebut nama saya (ketika kempen), rakyat sudah benci dengar isu (serangan peribadi ketas saya),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri pengumuman keputusan PRK DUN Slim di Majlis Daerah Tanjung Malim di sini malam ini.

Najib berkata, bukti penolakan rakyat kepada parti Mahathir itu cukup jelas.

Ini kerana kawasan yang bekas perdana menteri itu berkempen di Felda Besaout 2 dua hari sebelum hari mengundi, calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi telah kalah teruk.

“Tempat Dr Mahathir pergi di Besout 2, mereka kalah teruk, calon kita menang majoriti jauh lebih besar.

“Ini petanda rakyat semakin sedar kegagalan kepimpinan beliau (Mahathir) selama 22 bulan.

“Jelas mereka beri sokongan kepada BN dan tolak calon parti baru,” katanya.

Tambah bekas Presiden UMNO itu, kemenangan besar BN di Slim juga menunjukkan logo BN masih diterima rakyat di samping dibantu rakan parti lain termasuk Pas dan Bersatu.

“Ini bukti logo BN masih dekat di hati rakyat, malah melalui Muafakat Nasional (MN) maknanya kerjasama dengan Pas, parti-parti lain dalam BN, MCA, MIC, Bersatu ada sumbangan.

“UMNO dan Pas teras kepada MN. Ini merupakan pilihan ramuan politik pilihan utama masyarata khususnya dalam PRK Slim,” katanya.

Najib yang juga bekas Pengerusi BN berkata, menerusi PRK ini, sokongan bukan Melayu kepada BN turut kembali meningkat.

“Undi Cina dan India nampak semakin meningkat ke arah BN dan ini satu petanda sangat positif dan terima kasih di atas perubahan sikap mereka,” katanya yang merujuk kepada semua 13 Pusat mengundi dimenangi BN.

BN berjaya mempertahankan kerusi Slim dalam PRK ini dengan majoriti lima kali ganda lebih banyak daripada kelebihan 2,183 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

BN yang diwakili Mohd Zaidi meraih 13,060 undi menewaskan dua calon bebas, Amir Khusyairi dan S Santharasekaran dengan majoriti 10,945 undi. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Ini tak cukup. Soal paling penting bila dia ni nak kita dakwa dia di mahkamah. Itulah kemenangan paling berharga yang rakyat tunggu. Sòalnya pihak berkuasa tak berani bertindak. Sehingga hari ini. Dan tiada langsung siasatan. Rakyat menunggu.

  2. Syukur alhandulillah diatas kemenangan ini. Ini sbg bukti perpaduan melayu bersama kaum lain masih utuh dan kukuh.
    – Insha allah, suatu hari nnti atok madey akn didakwa atas tuduhan gubah wang haram dan salah guna kuasa. Sabaq sat no

  3. Jangan kurang ajar dan jangan perut busuk. Nak soking parti makan duit haram dan parti Lok Lebai bohong.sokonglah tetapi jangan main tuduh atok saja tampa ada bukti.

  4. Dil adalah pengikut NamJahanam…pergilah ke block KHAS untuk fikiran penghasut, jangan merayap ke block ini.

  5. Huh.. cakap mahathir sapa lagi akan percaya? Dia sendiri mengaku masa nak pilihanraya diorg janji merepek2 sbb nak menang saja. Nak terjun lubang sama dua kali ka lagi? Bang Non ja yg terjun lubang yg mahathir korek ni 2x. Hahaha..

  6. Dil. Awak salah kaunter klu nak buat fitnah. Biasalah Macai. Dah terang lagi bersuluh. Kenyataan nya setiap Prk BN menang. Apa lagi yang awak nak tegak kan. Klu Bn kalah lagi lah awak mcm Kera dapat Bunga. Simpan sikit Bodoh tu. Hihihi

Comments are closed.