Sebahgian daripada Sekolah Tinggi di Wuhan telah dibuka sejak Jun lalu. foto Agensi

HUBEI -Wuhan, lokasi yang tercetusnya Covid-19 dan bandar paling teruk dilanda pandemik itu akan membuka semula semua sekolah dan tadika pada Selasa depan.

Sebanyak 2,842 institusi pendidikan merentas bandar ini akan dibuka semula kepada 1.4 juta pelajar.

Manakala Universiti Wuhan akan dibuka semula pada hari Isnin ini.

Pelajar dinasihatkan untuk memakai pelitup muka sepanjan sesi persekolahan dan cuba mengelak menaiki pengangkutan awam.

Sekolah-sekolah telah diperintahkan untuk memiliki peralatan kawalan penyakit dan perli menjalani latihan untuk siap-sedia menghadapi penularan wabak tersebut.

Sekolah-sekolah juga tidak dibenarkan mengadakan sebarang perhimpunan dan perlu menyerahkan laporan harian kepada pihak kesihatan.

Selain itu, bandar tersebut turut diminta mewujudkan pelan kecemasan bagi pembelajaran dalam talian jika tahap risiko berubah.

Penuntut-penuntut dan guru warga asing yang belum menerima notis pembukaan sekolah tidak dibenarkan ke sekolah.

Wuhan telah dikuatkuasa sekatan pergerakan lebih dua bulan bermula akhir Januari lalu.

Bandar ini menyaksikan lebih 3,869 kes kematian akibat Covid-19, mewakili 80 peratus kes korban di China. – MalaysiaGazette