Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. foto FAREEZ FADZIL, 09 MAC 2018.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meramalkan penyatuan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan UMNO akan melalui jalan sukar kerana parti itu sudah buka keahlian kepada semua kaum.

Menurutnya, Bersatu sudah seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR).

”Asal PKR ialah Parti Keadilan. Kemudian bercantum dengan Partai Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). Jadilah Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mereka mudah bercantum kerana corak keahlian mereka sama.

“PKR tak mungkin bercantum dengan UMNO kerana keahlian berbeza.

“Bersatu juga tak mungkin dapat bercantum dengan UMNO kalau sudah guna model PKR,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Sebaliknya, kata beliau, Bersatu lebih mudah bercantum dengan PKR kerana corak keahliannya sama.

”Mungkin inilah hasrat Azmin dan kawan-kawannya apabila menyertai Bersatu. Rindu PKR,” teka beliau.

Sebelum itu, beliau menyentuh mengenai reaksi beberapa pihak apabila Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan UMNO meninggalkan Perikatan Nasional selepas Bersatu mahu menjadi parti pelbagai kaum.

Ahmad Shabery berkata, berdasarkan pengalamannya bersama Semangat 46 dahulu, asas kepada penyatuan parti Melayu adalah keahliannya.

”Semangat 46 dan UMNO dulu mudah bersatu kembali kerana dasar keahliannya sama. Iaitu Melayu dan Bumiputera.

”Dulu orang Semangat 46 pun menentang UMNO kerana tak setuju dengan kepimpinan UMNO ketika itu. Tun M, Tun Daim dan lain-lainnya. Cerita pun hampir sama. Menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Konflik berlaku. Yang kuat menyahkan yang lemah. Maka tertubuhlah parti baru. Itu sejarah,” katanya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. tujuan bersatu untok gantikan umno. tapi sebelum hajat tercapai bersatu dirasuk oleh azmin kerana ingin ber kuasa. sekarang langkah bersatu menjadi songsang. harapan mahadir menjadi sambang. bersatu hilang arah tujuan. kalau dulu untok ganti umno tapi sekarang bergantung pada umno. silap langkah penghasut dan yang dihasut sama2 kecundang. terjun dari kapal sendiri tumpang kapal orang.

Comments are closed.