LONDON – Arsenal bermula langkah kanan untuk musim baharu selepas merangkul gelaran Piala Perisai Komuniti apabila membenam cabaran Liverpool dengan menerusi penentuan sepakan penalti 5-4.

Berlangsung di Wembley, penyerang sensasi, Pierre-Emerick Aubameyang meletakkan The Gunner di depan selepas serangan balas pantas membolehkan pemain itu melakukan rembatan lencong cantik menewaskan Alisson Becker.

Separuh masa kedua menyaksikan Liverpool terus mencari gol penyamaan sementara Arsenal cuba mempertahankan pendahuluan mereka.

Kemasukan pemain Jepun, Takumi Minamino jelas sekali memberikan dimenasi baharu kepada serangan Liverpool.

Hasilnya, beliau berjaya mendapatkan gol penyamaan untuk Liverpool dengan menewaskan Emiliano Martinez dari jarak dekat.

Tamat 90 minit, pemenang perlu dicari menerusi penentuan sepakan penalti.

Pemain muda, Rhian Brewster menjadi duri dalam daging buat pasukannya sendiri apabila sepakan penaltinya menggegar palang sekaligus memusnahkan harapan Liverpool. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast