SPRM nafi keluarkan kenyataan siasat sogokan wahg yang didakwa berlaku pada PRK Dun Slim semalam.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan telah mengeluarkan kenyataan media bertajuk ‘SPRM siasat pemberian wang sogokan PRK N58 DUN Slim’ berkaitan siasatan video tular pemberian wang sogokan.

Menurut satu kenyataan, mereka yang mempunyai maklumat berkaitan rasuah atau apa-apa salah laku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim diminta menyalurkannya kepada suruhanjaya tersebut.

Kata SPRM, maklumat juga boleh disalurkan berkaitan salah laku PRK kepada Polis DiRaja Malaysia untuk membantu siasatan lanjut.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan tular di laman media sosial dakwaan bahawa SPRM menyiasat pemberian wang sogokan pada PRK DUN Slim.

Kenyataan yang ditularkan semalam mendakwa SPRM mengesahkan penerimaan video penawaran wang sogokan daripada peraih undi kepada bakal pengundi DUN Slim.

Kenyataan palsu itu juga mendakwa SPRM sedang mengesan dan akan menyiasat individu dalam video itu yang dikatakan menawarkan sejumlah wang kepada pengundi bukan Melayu supaya mengundi calon Barisan Nasional dalam PRK itu. -MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Tiada agensi pu yang berani dan berkuasa di malaysia nak siasat sogokan….semua dah kena suap brooo

Comments are closed.