TERKINI : Mandat Baru Dipersetujui Majlis Tertinggi Perikatan Nasional – Anuuar Musa

Ditanya mengenai kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu mandat baru, Annuar berkata semua kepimpinan bersetuju akan kenyataan itu.

“Kita boleh setuju malah kita semua di Perikatan Nasional menyetujuinya tetapi soalnya keutamaan.

Kerajaan ini harus menyelamatkan negara dari 22 bulan kegagalan bekas pemerintah untuk melaksanakan janji-janji mereka. “Sudah tentu kita boleh setuju untuk mengatakan bahawa kerajaan ini memerlukan mandat yang kuat dan mandat baru lagi cepat lagi bagus. “Tetapi itu tidak bermaksud kita perlu suruh kerajaan buat PRU.