logo 1mdb
Gambar hiasan

BANDAR RAYA KUWAIT –  Jawatankuasa Siasatan Dewan Rakyat Kuwait mengenai dana pelaburan Malaysia mendedahkan beberapa bank telah memaklumkan tentang pembersihan wang haram sebanyak 11 kali kepada Unit Perisikan Kewangan, lapor Al Qabas.

Seorang sumber memberitahu Al Qabas bahawa unit tersebut telah dimaklumkan sebanyak 11 kali sejak 2016, bukannya sebanyak lima kali seperti yang dilaporkan dalam kenyataan sebelum ini oleh unit itu.

Kegagalan unit tersebut memaklumkan kepada Pendakwaraya Awam dicurigai, tambah sumber itu.

Unit Perisikan Kewangan merupakan satu-satunya badan yang mempunyai kiraan tepat jumlah aduan pembersihan wang haram kerana ia merupakan agensi yang bertanggungjawab menerima aduan dan memprosesnya, kata sumber itu.

Pada Khamis lalu, jawatankuasa itu mula melihat kepada skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan memutuskan siapa yang terlibat bagi membolehkan mereka dipanggil untuk prosiding.

Pada 5 Ogos lalu, Dewan Negara membentuk sebuah jawatankuasa parlimen untuk menyiasat kes dana Malaysia itu.
Kes 1MDB merupakan kes pembersihan wang haram berprofil tinggi di Kuwait.

Ia melibatkan anak bekas Perdana Menteri yang dikaitkan dengan siasatan yang dimulakan di Malaysia.

Anak bekas Perdana Menteri, Sheikh Sabah Jaber Al Mubarak Al Sabah dan rakan perniagaannya, Hamad Al Wazzan ditahan pada 8 Julai lalu atas dakwaan melakukan pembersihan wang haram yang dikaitkan dengan kes dana Malaysia itu, lapor media tempatan. – MalaysiaGazette